"trusting ALLAH would not make the mountain smaller, but will make climbing easier. Do not ask Him for a lighter load but ask Him for a stronger back"

Monday, 6 May 2013

Assobru minal iman

Suka untuk saya menggunakan ayat di atas samada peringatan untuk diri sendiri mahupun org lain. Memang kesabaran manusia itu ada batasnya, tetapi apabila kita fikirkan secara mendalam hidup ini penuh dgn dugaan, cabaran, permasalahan dan sebagainya yang sekelip mata boleh menggugat kesabaran kita. "Sabar itu sebahagian daripada iman". Maksudnya jika kita mampu mengawal amarah terhadap seseorang atau jika kita mampu bersabar disebabkan suatu perkara, itu menunjukkan yang iman kita masih teguh untuk bersabar dengan musibah yg menimpa. Memang bukan mudah untuk kita mengawal kemarahan apatah lagi bagi mereka yang punya sifat panas baran. Mudah untuk melafazkan perkataan SABAR namun hatilah yang menanggung kemarahan yang membuak-buak ataupun sakit yang menyucuk ke jiwa. 

Nabi Muhammad SAW pernah memberi nasihat:
"Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu marah dalam keadaan duduk, berbaringlah dan jika kamu masih marah padahal sudah berbaring maka segeralah bangkit dan mengambil wudhu, dan lakukanlah solat sunat dua rakaat.

Bagi yang merasakan mengawal kemarahan itu adalah jalan yang terbaik sudah tentulah dia memilih untuk mengikut nasihat Baginda SAW. tetapi bagi yang terlalu mengikut emosi sudah tentulah dia akan bertindak di luar batasan contohnya memaki, mencerca, merosakkan harta benda dan lain-lain sehinggakan ada yg sanggup menyakiti orang lain secara fizikal dan mental dek terlalu mengikut nafsu amarahnya.

Jika kita sayangkan diri, keluarga, sanak saudara, sahabat handai, seluruh muslimin dan muslimat, dan jika kita sayangkan Allah SWT dan Rasul-Nya, tanamkanlah sifat sabar dlm diri kita. Cuba untuk mengawal kemarahan kerana marah itu sifat syaitan dan syaitan itu sudah nyata musuh nombor satu manusia.Selain itu, belajarlah untuk redha dengan setiap ketentuan Allah SWT kerana setiap yang berlaku ada hikmah yang disembunyikan oleh-Nya. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment